Kehidupan peribadi Charlize_Theron

Pada tahun 2007, Theron menjadi warganegara Amerika Syarikat,[46] sambil mengekalkan kerakyatan Afrika Selatan beliau.[47]

Pada pertengahan era 1990-an, Theron mempunyai hubungan selama dua tahun bersama pelakon, Craig Bierko.[48][49] Dari tahun 1997 sehingga 2001, beliau mempunyai hubungan dengan Stephan Jenkins.[50] Theron kemudiannya memulakan hubungan dengan pelakon Ireland, Stuart Townsend dimana dengannya beliau membintangi filem Trapped (2002) dan Head in the Clouds (2004).[50] Theron dan Townsend berpisah pada bulan Januari 2010 selepas hampir sembilan tahun bersama.[51] Pada awal tahun 2014, beliau mula mempunyai hubungan dengan pelakon Sean Penn,[52] tetapi ia telah dilaporkan bahawa mereka telah berpisah pada lewat bulan Jun 2015.[53][54]

Theron mempunyai dua orang anak, kedua-duanya anak angkat. Pada bulan Mac 2012, beliau mengambil anak angkat lelaki yang beliau namakan sebagai Jackson.[55] Pada bulan Julai 2015, beliau mengambil anak angkat perempuan yang dinamakan sebagai August.[56][57] Beliau menetap di Los Angeles.[58]

Rujukan

WikiPedia: Charlize_Theron http://94.236.123.156:8082/biographies/charlize-th... http://www.couriermail.com.au/entertainment/charli... http://www.dailytelegraph.com.au/entertainment/mov... http://www.accesshollywood.com/charlize-theron http://www.allmovie.com/cg/avg.dll?p=avg&sql=21625... http://www.askmen.com/celebs/women/actress/17_char... http://www.aveleyman.com/ActorCredit.aspx?ActorID=... http://www.cbsnews.com/2300-500150_162-1080110-12.... http://www.cbsnews.com/stories/2008/03/12/entertai... http://www.deadline.com/2013/02/berlin-toldja-char...